Tuesday 9 February 2016

GIANT PENCIL PROJECT

Dalam FB page Tcher Collection tahun lepas, ramai guru yang share pentas sempena Hari Anugerah Cemerlang masing2. Antara banyak2 tue, ira tertarik ng decoration pentas SK Sungai Talam Kuantan ni. Sgt cantik ng sesuai dengan sekolah. Sgt rajin buat satu2 giant pencil. Disebabkan tak tahu sapa yang buat, ira pun tunggu je la kat FB dengan harapan cikgu Rajin yang buat tue post tutorial giant pencil yg comel tue.N akhirnya, harapan yg ditunggu selama ni x sia2. Cikgu Rajin tue share tutorial kat FB tadi. Cikgu Rajin tue namanya Risha Mazlan. So, meh ira share pasal post tue kat sini skit. 

Theme : Stationaries. 
Concept: Minimal - Less is More
Avent : Hari Anugerah Cemerlang SK Sungai Talam Kuantan 2015

Bahan2 yang diperlukan utk pentas :
1. Botol kosong/kicthen rool/bekas Master Potato
2. Kertas warna glossy
3. Manila card warna oren
4. Gam basah
5. Salotape/Double Tape
6. Gunting/Pisau
7. Pembaris

Cara2 nak buat Giant Pencil : 
Inilah bahan utama giant pencil tu. Hanya gunakan botol air mineral, bekas potato chips Pringles dan bhgian tengah kitchen rolls tu utk buat pensel.Tapi bukan sebarang botol mineral plastik boleh digunakan yer.. pilih yang tegak tanpa lekuk curvy2.. sebab kalo pilih yg straight mcm ni effect die cantik n rata jer bila kita nak balut dgn kertas warna nanti. jangan gune botol coke ke 100 plus ke sebab xsesuai!


Students Cikgu Risha berebut nak tolong buangkan label pd botol tu.


Kemudian potong bontot die and cantumkan pada kepala botol yg satu lagi. Bile cantuman tu betul2 jatuh elok pada lekuk botol so struktur botol tu akan jd lebih kukuh.Kita boleh adjust la kepanjangan yg kite nak..nak kontot ke panjang ke terserah lah..

 tadaaa..dah siap!! cantuman 2 botol mineral


Yang ni Cikgu Risha cantumkan 2 bekas perfecto chips tu utk effect pensel yg panjang.


Untuk bahagain muncung pensel yg tajam tuh.. Gunakan manila card warna oren yg tebal skit supaya nak bg nampak kayu pensel tu ala-ala realistik sket. kemudian lakarkan separuh bulatan mcm yg Cikgu Risha lukis tuh.. Lukis semi circle untuk membentuk kon.Buat separuh bulatan tu dlm 3 saiz berlainan mengikut saiz botol mineral dan juga toilet rolls tuh..bentukkan kon dan cube acukan pada botol mineral tu..tgk kon tu ngam tak saiz dgn botol2 tue.


now..kon siap tersedia! so next is 'snip'..potong sedikit bahagian bawah kon tuh..tujuannya supaya bila nak cantumkan antara kon dan botol mineral tadi ia akan lebih terletak dan kemas.


Next..gunakan selotape letakkan elok2 dan cantumkan selotape tu supaya gam tu melekat separuh di manila card n separuh di botol mineral.Kon tu kene letakkan betul2 di tengah muncung..kalu tersenget ke tepi n serong xcantik nanti..


anak2 murid tahun 3 Cikgu Risha yang tolong buat cantuman kon tu. Hebatkan.. semua nak tolong buat. Sambil2 tolong, diaorg dapat belajar cara2 nak buat giant pencel tue juga.


Untuk buat mata pensil warna tu pula, gunakan teknik kon yg sama mcm yg ditunjuk awal2 tadi cuma utk mata pensil ni semi bulatan tu dikecilkan saiznya...agak2 la saiz dia tp jgn terlampau kecil.Letakkan semi bulatan td tu bahagian yg lebar tu di tgh2 pada puncak kon manila card..lekatkan guna gam basah.Gamkan keseluruhan dan lekatkan semua kon kecik tadi pada hujung kon besar. Gam dan lekatkan dgn rapi ikut lengkung tu..


maka terjadilah mata pensel warna yang tajam!!ni la rupanya..kepanjangan mata pensel tu tertakluk kepada saiz separuh bulatan yang anda buat kalau tinggi maka pnjng la mata pensil tu..kalo pendek sgt..kontot la ia nanti..



ok dah siap part botol2 tu now balutkan pula dgn kertas warna nih..Gunakan kertas warna yg glossy. ukur dulu supaya sesuai dgn ketinggian botol dan kelebarannya..bila dah balut gamkan so jadilah mcm nihh..Gune selotape utk cantumkan kertas warna ke botol so die lekat elok la pastu guna gam basah yg biasa untuk cantum tepi2 kertas tu....Untuk buat pensil 2B tue, gunakan teknik sama je balut body mcm biasa dgn kertas warna kuning pastu Potong lah kertas warna hitam yg gloss tu panjang2 n tepek je kat body die..jadi lah replica pensil 2B!! Buat multisizes..ada panjang n pendek..kalo buat semua sama tinggi nampak skema sgt..boringgg...hihih


kertas balutan tu jangan terlalu pnjang..pastikan ia ngam2 dgn hujung bontot botol tuh..cube test letak n tegakkan dia..


Ok, part utk deco pentas cam mana?. Utk letakkan giant pencil di atas pentas, tepekkan bontot botol tu dgn foam double sided tape..kalo yg foam ni kuat sikit so that botol tu terlekat elok,kukuh n xjatuh


Pastu susun jer berderet2 tinggi rendah campur2 saiz..

Pembaris kayu yg panjang tu susun kat bawah utk nampak lebih kemas.

ok..untuk kelongsong ni cemana nak tepek kat lantai? takde tapak? haa yg ni boleh dijadikan aksesori pada tabir backdrop..lekatkan foam double sided tape tu kt body die n tepek2 je kat backdrop sbg hiasan lgpon yg kelongsong ni ringan jer.

pembaris plastik sbg aksesori tambhan


aksesori tambahan pd backdrop yg ringan2 jer..pemadam tu guna kotak tisu n kotak kasut..


huruf2 congratulations tu adalah hasil kolaj murid2 tahun 1 SK Sungai Talam Kuantan.

Tada.. inilah pentas yang dihasilkan oleh cikgu Risha n team AJK pentas SK Sungai Talam. Cantik n kemas. Ira suka sgt2 dengan decoration pentas ni. 

So, sape2 yg nak cuba2 buat, bolehlah ikut step2 diatas. N nnt jgn lupa share2 ng ira juga kalu ada idea pentas lain yng best2 juga ye. 








1 comment:

  1. Assalamualaikum, subhanallah!Saya sangat mengagumi hiasan ini dan bercadang mengadaptasikannya sbg tema hiasan majlis anugerah cemerlang di sekolah saya. terima kasih pada techer ira yg berkongsi cara utk membuat giant pencil tersebut. tahniah cikgu risha mazlan and the team

    ReplyDelete